Wednesday, November 18, 2009

Menjelma kembali . .

Saya menjelma kembali atas kerajinan jari jemari menaip papan kekunci.Macam-macam peristiwa berlaku yang akan saya cerita.Sudah hampir 6 bulan saya tidak meng'update' blog.Alasannya,tidak perlu diberitahu kerana anda sudah tahu jawapannyakan?


Pertama sekali,beberapa perubahan dah berlaku kat blog ni.Maaflah,kalau kurang menarik.Terima seadanya,ye :) Saya akan sambung Perkhemahan Unit Beruniform pada masa akan datang,ye!


Esok adalah hari yang paling penting lagi genting bagi calon UPSR di seluruh Malaysia kerana keputusan akan diumumkan esok.Siapa yang tak nak 5A?
Jadi..doalah kan saya supaya mendapat keputusan yang cemerlang.


Sampai sini sahaja coretan saya :) Akan disambung bila ada idea mencurah-curah bagaikan air terjun datang :)


p/s: Tak sangka lak ada pelajar SRAB B.P. baca..Alamak,bocor rahsia! :p

Friday, May 29, 2009

Perkhemahan Unit Beruniform ! (Bahagian 1)

Terlebih dahulu saya ingin memohon maaf diatas ke'lambatan' saya meng'update' blog.Seperti biasa.....SIBUK! Minggu sebelum ini,saya sibuk dengan Peperiksaan Setengah Tahun.Peperiksaan itu adalah penting lagi genting..takkan nak online kowt.Minggu peperiksaan berjalan dengan penuh dugaan dan soalan-soalan yang hebat.Macam-macam fakta dan formula berlegar dalam minda..untuk mencari jawapan yang tepat.Tapi itu semua sudah berlalu..sekarang saya nak cerita pasal PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM SRAB SEGAMAT 2009!Perkhemahan ini diadakan selepas peperiksaan. Kiranya perkhemahan itu untuk release tensionlah.



Terus cerita pengalaman,ye! :)


Hari pertama-Saya tinggal di sekolah kerana waktu persekolahan habis pada pukul 12.00 tengah hari dan masa pendaftaran pukul 2.00 petang.Jarak perjalanan antara rumah saya dengan sekolah anggaran dalam 30 minit.Kemas-kemas..rehat-rehat..rasanya tak cukup masa.Jadi tinggal di sekolah.Barang-barang..nanti ibu hantar :) Pendaftaran dan dipendekkan cerita,kami sudah berada di dalam bas.Perjalanan ke Sungai Bantang,Bekok,Labis daripada sekolah saya dalam 45 minit.Kami sampai di sana pukul 4.30 petang.Sempat kami berposing semasa baru tiba di situ.




Selepas taklimat ringkas,kami kena pula pindahkan barang melalui titi yang hanya da beberapa batang kayu yang sudah goyah.Dengan penuh semangatnya,kami pun angkat.Lelaki-lelaki yang gagah perkasa kena diri kat bawah sebab barang-barang yang berat kenalah lelaki yang angkat.(Tengah sibuk angkat barang..sempat lagi mereka curi-curi main air)Kalau kat atas titi tu..alamatnya terbelah dualah.



Selesai proses memindahkan barang,kami menyiapkan diri untuk bersolat Asar.Walaupun dalam hutan,kewajipan ALLAH S.W.T. tetap kami tunaikan.Ada pose sikit..(Masa solat pun ada pose juga ke?)Bukannya apa..gambar kami solat berjemaah sahaja..


Sesi memasang khemah bermula apabila selesai solat Asar.Masa semakin suntuk..kami perlu pantas memasang khemah.Kemudian kami dibahagikan kepada beberapa kumpulan .Selesai pembahagian kumpulan,tiba masa untuk kami membersihkan diri atau lebih dikenali sebagai mandi.Kami mandi di sungai.Kami mandi macam tak nak lepas je sungai tu.Sampai kena halau,baru kami akur.Yelah,budak bandar datang hutan.Jakun sikit...Langit sudah bertukar semakin gelap.Malam itu,malam aspirasi seni ataupun dikenali sebagai malam kebudayaan diadakan.Masing-masing menunjukkan bakat.

Persatuan Pengakap dengan tarian shufflenya...
Persatuan Puteri Islam dengan lagu Laskar Pelanginya..
Persatuan Tunas Puteri dengan dikir baratnya..
Persatuan Bulan Sabit Merah dengan lakonannya..

Ada pula pengkritik jemputan.Aduhh,masing-masing kena kritik.Sementara menunggu keputusan..kami mempelajari pelbagai permainan yang menyeronokkan.Akhirnya,Persatuan Pengakap mendapat markah tertinggi sebanyak 45 markah mengalahkan yang lain.Tak sangka pula..tarian shuffle yang pengkritik pilih.Tapi Tunas Puteri tidak jauh ketinggalan,beza dua markah je.Kami dapat mengumpul 43 markah sahaja..

Akan disambung..apabila saya balik dari Tanah Suci Mekah.Saya akan menunaikan umrah yang kali pertama :D Jadi,sepanjang 2 minggu cuti ni saya tiada di Malaysia.INSYALLAH!Saya selamat sampai Malaysia pada 13 Jun.Doakan saya sekeluarga perjalanan pergi dan balik kami dengan lancar.. {Nak tahu lebih lanjut..~CLICK~ }

Friday, May 1, 2009

Macam macam cerita ada.....

Mohon maaf kerana sudah lamaaaaa tak meng'update' blog.Sibuk...sibuk!Itu saja yang saya mampu katakan.Sekarang semuanya sudah berakhir..Now,it's time to STUDY..STUDY and STUDY!Sebelum ini,memang sibuk.Macam macam pertandingan ada..

Ihtifal Sukan dah ceritakan?
Pertandingan Nasyid Maulidur Rasul?
=Belum!


Kumpulan kami terdiri daripada Tahun 6.Masa untuk berlatih amat ter
had.Jadi kami berlatih bila ada peluang..peluang keemasan ni.Mana boleh terlepas!Hari Jumaat..esoknya pertandingan.Kami masih terkial-kial lagi.Aduh..susah ni!Masih lagi nak mengatur gaya,tempat dan macam macam lagi.Itulah akibatnya kerja last minute lagi...Tapi,usaha kami tidak sia-sia.Akhirnya kami dapat JOHAN!Suara solo memang merdu gile!Boleh meremang bulu roma..bila dengar dia nyanyi.Mungkin kami menang disebabkan gaya dan suara kot?Ntahlah.Hanya juri saja yang tau.

Ini gambar kami yang paling meletop sekali!Ha3..takdelah.Masing masing dengan sijil dan piala.JOHAN tu...

Ok,tutup cerita pasal Maulidur Rasul.
Sekarang cerita pasal IHTIFAL ILLMIAH!


Lepas Maulidur Rasul,sekolah saya digempurkan lagi dengan Pertandingan Ihtifal Illmiah.Pelajar-pelajar Tahun 6 menyibukkan diri lagi.Tahun akhirlah katakan..Nak kumpul sijil banyak banyak!Saya salah seorang daripada wakil wakil sekolah yang bakal mengharumkan nama sekolah.Saya menyertai pertandingan Public Speaking.Tahun lepas,saya menyertai pertandingan Choral Speaking.Dapat tempat ke-3 je.Masa nak ambil hadiah..takut je nak pandang guru besar.Sebab kami ada harapan nak dapat JOHAN.Tahun ni,SRAB SEGAMAT kalah teruk!!Takde satu acara pun yang kami dapat JOHAN.Paling tinggi pun,Naib Johan dan acaranya ialah PUBLIC SPEAKING,NASYID (PEREMPUAN) dan STORY TELLING.



Memang tak puas hati sangat!Patutnya NASYID (PEREMPUAN) jadi hak milik SRAB SEGAMAT!SRAB KOTA TINGGI menang sebab ada MINUS-ONE.Tak adil sangat..sangat!Public Speaking pula,juga patut jadi hak milik SRAB SEGAMAT!SRAB PONTIAN terlebih masa.(Bukan ke DISQUALIFIED!)Arghhh!Menangis budak tu sebab loceng dah bunyi!!!!!!!


Tapi nak buat macammana,nasi sudah menjadi bubur.Dah tak boleh nak buat apa.Masa nak naik pentas untuk ambil hadiah.Saya berharap sangat..Juruacara tersilap sebut nama!Ya..saya perlu berpijak di bumi yang nyata.Tiada apa yang saya boleh lakukan..Selain,ambil hadiah dan turun pentas.Dan ini hadiahnya.....
Oklah..Itu sahaja yang saya mampu cerita.Kalau saya rajin,saya akan cerita lagi.




Sunday, April 5, 2009

Ihtifal Sukan...

Lama saya menyepikan diri.Bukan sengaja tapi sibuklah.Latihan Sukan,Pertandingan Sukan,sekarang sibuk dengan Maulidur Rasul pula.Ihtifal Sukan dah lepas dan keputusannya...S.R.A.B. SEGAMAT MENANG lawannya *****.Ala..faham faham jelah.Bukannya sengaja.Kami kalah dengan SRAB BATU PAHAT dan MUAR!Kami ada 3 perlawanan.Pertama,SEGAMAT VS BATU PAHAT dan hasilnya 2-4.Kedua,SEGAMAT VS MUAR dan keputusannya 3-4.(Lagi sikit je!)Perlawanan terakhir,SEGAMAT VS KOTA TINGGI dan markahnya 6-1.(Sebab cikgu dah mula merajuk!)Tapi tak membantu pun sebab kalau nak pergi SEMI FINAL kena menang 2 game.Akhirnya..SRAB BATU PAHAT dapat tempat ke-3.SRAB PONTIAN dapat tempat ke-2.Tempat pertama..JENG..JENG..SRAB MUAR!!SRAB PONTIAN pemainnya comel comel dapat juga tempat ke-2.Rasa kecewa sangat,geram pun ada.Gara-gara berlatih pagi,petang.Mukaku yang putih berseri jadi belang belang tau tak!!Terutamnya..kawan saya,Zaimira.Dulu dia putih tau tak (ramai peminat!) sekarang dah gelap!Memang ketara sangat belangnya.Tapi takpa..jangan putus asa!Ada Ihtifal Ilmiah.Kita boleh balas dendam.Kena berusaha betul betul.Sekali lagi,saya mewakili sekolah dalam pertandingan Public Speaking.Tapi ada kenangan yang saya tak boleh lupa..

Ceritanya berbunyi begini...

Masa nak bertolak pergi ke Batu Pahat.Kena ada kat sekolah pada pukul 4:45 pagi.Jadi,saya dan kawan saya takut terlambat.So,kami tidur kat rumah cikgu yang dekat dengan sekolah.Dekat sangat.Jalan kaki tak sampai 5 minit dah sampai.Hari Jumaat,lepas habis sekolah.Cikgu Aida ajak kami balik kampung dia kat Palong Timur.Kami ikutlah.Sepanjang jalan cikgu ni cerita macam macam.Dia belum berkawin.Sebab itulah,kami nak tidur rumah dia.Dia peramah sangat,comel dan happy-go-lucky.Dipendekkan cerita..malam tu lagi 2 orang datang rumah cikgu.Kes mereka samalah dengan kami ;D Entah kenapa malam tu..kami susah nak tidur.Cikgu dah mula cakap"Tidur..esok awak nak lawan.Nanti masa main ngantuk pula."Akhirnya,kami tidur juga.Tapi tak lena.Kejap terbangun.Kami dah set alarm masing masing pukul 3:00.Pukul 2:30 kami dah bangun dan mula bising.Cikgu tengah tidur lagi tu.Pukul 2:45 dah dengar orang mandi.Biasalah cikgu kami tak sabar sabar nak lawan ni :P

Dipendekkan cerita lagi...

Kami semua dah siap.Cikgu suruh kami ikut Cikgu Julia.Tapi cikgu Julia jalan laju sangat.Kami tertinggal kat belakang.Masa ondaway nak pergi sekolah..kami kena lalu satu lorong.Bukannya jauh sangat.Lorong tu,jalan straight dah jumpa sekolah..tak jauh pun.Dengan semangatnya kami berempat jalan.Tiba-tiba..dari jauh kami nampak satu lembaga..makin dekat..dekat.Rupa-rupanya..seekor anjing sedang berlari ke arah kami.Apalagi..kami pun lari patah balik.Dengan beg yang berat..tudung gantung.Walaupun kami tahu pelajar pelajar dari sekolah boleh nampak kami.Kami tak kisah,yang penting diri kita selamat. Takutnyaaa!!Yang penting kami selamat :)Nak tunjuk gambar nie...


Pemain pemain Bola Jaring SRAB SEGAMAT..Dari kanan(diri):Fatin,Syhmin,Zaimira,Kak Sal(Kerani sekolah),Ustzah Aishah,Cikgu Aida(Our coach),Aina,Dijah,Izzati.Dari kanan(duduk):Fitri,Anis,Madihah dan saya.

Sunday, March 15, 2009

Latihan dan Kelas Tambahan !

Cuti sekolah ini tak bermakna bagi saya ! :(
Ada kelas tambahan dan latihan.Kelas tambahan biasalah..Latihan??
Ye..saya ada latihan bola jaring untuk wakil sekolah.Untuk perlawanan Ihtifal Sukan Sekolah-Sekolah Rendah Agama Brsepadu Negeri Johor Kali Ke-5 seperti mana berikut:


Tarikh:28 Mac 2009
Masa:8.00 pagi-1.00 tengah hari
Tempat:Pusat Latihan Teknologi Tinggi(ADTEC),Batu Pahat.


Pertama kali berlatih,agak kelakar?
Ermm..kurang pasti!Tapi seronok juga.Sekolah kosong..kelas tahfiz dan kelas hikmah pun takde.Latihan bermula pada pukul 8.00 pagi.Pada waktu itu,tiada seorang manusia pun dilihat di kawasan sekolah atau bangunan.Yang ada hanya gelak tawa jeritan 8 orang gadis.7 orang pelajar perempuan dan seorang guru.Cikgu ini muda lagi..jadi dia sportinglah sikit.Tapi jangan main-main,dia garang juga tau!

Opppsss!Tertinggal satu cerita!
Tentang Karnival Sukan Dan Permainan S.R.A.B. Daerah Segamat.
Johan: Kuning!
Naib Johan: Biru!
Ketiga: Merah!
Keempat: Hijau!

Olahragawan Terbaik:Mohd Afif Asyraf Bin Zainudin~Dari pasukan Merah :(~
Olahragawati Terbaik:Nur Zaimira Yusrifa Bt. Zainurin ~Dari pasukan Merah juga :(~


Ulasan/Rungutan/Komen/Ucapan??:
Walaupun Kuning kalah untuk perlawanan bola jaring,bola sepak,badminton beregu dan lain lain.Tapi Kuning tetap Johan.

Sambung cerita...
Pasal Kelas Tambahan pula.
Kami biasa panggil Kelas Hikmah.
Pertama~Dapat belajar sambil berCuti????
Kedua~Dapat jumpa kawan kawan.
Ketiga~Sedih sebab tak dapat bermalas malasan kat rumah.Makan,tidur,tengok TV,online.
Ehem..ehem..boleh buat ke?Suketi je!
Cerita ape lagi ek?Sukan (Tick) Kelas Hikmah (Tick) Latihan (Tick)